23 May 2012

bacalahh...........sedih rasanya

ALAU ADA SESIAPA YG MASIH BELUM BACA KISAH NI BACA LAH....BENAR2 MENYENTUH HATI...KETIKA SAYA BACA KISAH NI AIR MATA SAYA MENITIS TANPA BERHENTI2 SEPERTI AIR HUJAN...BAGAIMANA DENGAN ANDA???

Kisah Di Negeri Orang

Suasana didalam bilik bersalin begitu sunyi sekali. Yang kedengaran hanyalah suara rintihan Rohani menahan kesakitan hendak melahirkan. "Subhanallah....sakitnya...isk...isk...isk...isk... aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Rohani pada suaminya Zamri yang ketika itu ada disisinya. "Apalah awak ni....susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar- keluar juga budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni... mesti ada sesuatu yang tak elok yang awak sudah buat , itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu, banyak dosa agaknya." rungut Zamri kepada isterinya, Rohani pula.

Sebak hati Rohani mendengar rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak menghiraukannya, sebaliknya, Rohani hanya mendiamkan diri sahaja dan menahan kesakitannya yang hendak melahirkan itu. Rohani tahu sudah hampir 3 jam dia berada dalam bilik bersalin itu tetapi bayinya tidak juga mahu keluar. Itu kehendak Allah Taala, Rohani tidak mampu berbuat apa apa, hanya kepada Allahlah dia berserah.

Sejak Rohani mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zamri terhadapnya. Zamri seolah olah menaruh perasaan benci terhadap Rohani dan anak yang dikandungnya itu.

Jururawat yang bertugas datang memeriksa kandungan Rohani dan kemudian bergegas memanggil Doktor Syamsul iaitu Doktor Peribadi Rohani. Doktor Syamsul segera datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran bayi Rohani itu. Rohani hanya mendiamkan diri menahan kesakitan dan kelihatan air matanya meleleh panas dipipi gebunya itu. Rohani menangis bukan kerana takut atau sakit tetapi kerana terkenang akan rungutan Zamri tadi.

Saat melahirkan pun tiba. Doktor Syamsul menyuruh Rohani meneran ..."Come on Ani. You can do it...one more...one more Ani." Kata kata peransang Doktor Syamsul itulah yang membuatkan Rohani begitu bertenaga dan dengan sekali teran sahaja kepala bayinya itu sudah pun keluar...?Alhamdulillah,? bisik Rohani apabila dia melihat sahaja bayinya yang selamat dilahirkan itu.

Tiba-tiba Rohani terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya. "Tahniah Rohani, You got twin, boy and girl, putih macam You juga." Begitulah kata kata pujian dari Doktor Syamsul. "Tahniah Zamri, it's a twin" Doktor Syamsul mengucapkan tahniah kepada Zamri pula. Zamri hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya itu, kembar pula . Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh Zamri melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu.

Rohani sudah mula merancang akan nama untuk anak anaknya itu. Yang lelaki akan diberi nama Mohammad Fikri dan yang perempuan akan diberi nama Farhana. Rohani merasa begitu lega sekali setelah melahirkan kembarnya itu, tetapi sesekali bila dia teringat kata kata Zamri sebelum dia melahirkan hatinya menjadi begitu sebak dan sedih sekali.

Sebenarnya memang terlalu banyak kata-kata Zamri yang membuat Rohani berasa jauh hati sekali. Terutamanya sepanjang dia mengandung. Tetapi Rohani hanya bersabar, kerana dia tahu kalau dia mengadu pada emaknya tentu dia akan dimarahi semula. Jadi dia hanya mendiamkan diri dan memendam rasa sahaja.

Kedua dua anaknya, Mohammad Fikri dan Farhana telah diletakkan dibawah jagaan Nursery di Hospital Universiti Singapura (NUH) untuk memberi peluang Rohani berehat sebentar, kemudian nanti dapatlah dia menyusukan kedua kembar yang comel itu.

Tiba tiba fikiran Rohani menerbang kembali kedetik detik semasa dia mengandung dahulu. Zamri memang selalu memarahinya, ada sahaja perkara yang tidak kena. Macam macam kata kata nista yang dilemparkan kearah Rohani. Ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal, semuanya dihamburkan pada Rohani seolah olah melepaskan geram. Tidak sanggup rasanya Rohani menghadapi itu semua tetapi demi kestabilan kandungannya, Rohani kuatkan juga semangat dan pendiriannya.

Yang paling menyedihkan sekali ialah sewaktu Rohani mula mula disahkan mengandung. Zamri tidak percaya yang Rohani mengandung anaknya, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal untuk mengesahkan kandungan isterinya itu. Keraguan timbul didalam hati Zamri tentang anak dalam kandungan Rohani itu. Zamri tidak boleh menerima kenyataan yang Rohani akan mengandung sebegitu awal sekali sedangkan mereka berkahwin baru 3 bulan. Kandungan Rohani sudah masuk 2 bulan... bermakna Rohani cuma kosong selama sebulan sahaja selepas mereka berkahwin. Bagi Rohani pula itu perkara biasa sahaja yang mungkin turut dilalui oleh pasangan lain juga.

Setelah membuat pemeriksaan Doktor, Rohani pulang kerumahnya dalam keadaan sedih. Pada mulanya Rohani berasa sangat gembira bila dia disahkan mengandung tetapi sebaliknya bila Zamri tidak mahu menerima anak dalam kandungannya itu, perasaannya terus berubah menjadi duka pula. Zamri menuduh yang Rohani berlaku curang, dan anak dalam kandungannya itu adalah hasil dari kecurangan Rohani sendiri. Hati isteri mana yang tidak remuk. Hati isteri mana yang tidak kecewa apabila dituduh sebegitu rupa oleh suaminya sendiri. Rohani pasrah......

Pernah suatu ketika Rohani bertengkar dengan suaminya. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu, pelembut, suka berjenaka, ini tidak asyik nak cari kesalahan Ani sahaja. Mengapa bang?" Rohani bertanya kepada Zamri .

"Kaulah penyebab segalanya. Tak payahlah nak tunjuk baik." Tempelak Zamri. Entah jantan mana yang kau dah layan kat opis kau tu." sergah Zamri lagi.

"Abang syak Ani buat hubungan dengan lelaki lain ke? Subhanallah??.Kenapa Abang syak yang bukan-bukan ni, Anikan isteri Abang yang sah, tak kanlah Ani nak buat jahat dengan orang lain pulak, Bang"? sangkal Rohani pula. "Allah dah beri kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak Allah." Rohani menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zamri meleraikan pelukannya dengan kasar sekali sehingga tersungkur Rohani dibuatnya. Serentak itu juga Rohani menangis . Zamri langsung tidak mengendahkannya. Deraian airmata Rohani semakin laju. Rohani hanya mampu menangis sahaja. Amat pedih sekali Rohani rasakan untuk menahan semua tohmahan dari Zamri, suaminya yang sah.

"Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Ani. Kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah! emak dengan menantu pun boleh terjadi tau, apatah lagi macam kau ni, tau tak. Dulu tu kawan lama kau yang satu opis dengan kau tu, Amran, bukan main baik lagi budak tu dengan kau." Bentak Zamri lagi. Tanpa disangka sangka rupanya Zamri menaruh cemburu terhadap isterinya.

"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni." kutuk Zamri lagi pada Rohani. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh Ani yang bukan-bukan. Ani bukan perempuan yang tak tentu arah. Walaupun Ani hanya anak angkat dalam keluarga ni, Ani bukan jenis macam tu, Ani tau akan halal haram, hukum hakam agama.

?Memang Ani tak pernah tau asal usul keluarga kandung Ani, tapi Ani bersyukur dan berterima kasih pada emak angkat Ani kerana menjaga Ani sejak dari kecil lagi. Ani dianggapnya seperti darah daging sendiri.? Rohani mula membangkang kata kata nista suaminya itu. "Abang jangan cuba nak menghina keluarga kandung Ani kerana walaupun mereka tidak membesarkan Ani tetapi disebabkan merekalah, Ani lahir kedunia ini.? Tambah Rohani lagi dengan sebak didada.

Semenjak peristiwa pertengkaran itulah, setiap hari Rohani terpaksa pergi ke tempat kerja Zamri apabila habis waktu bekerjanya. Sementara menunggu Zamri pulang Rohani berehat di Surau tempat Zamri bekerja. Zamri bekerja sebagai seorang salesman handphone di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zamri bekerja shif malam terpaksalah Rohani menunggu Zamri sampai tengah malam. Begitulah keadaannya sehingga apabila perutnya semakin membesar pun Zamri masih memaksanya. Terpaksalah Rohani berbohong kepada emak dan keluarganya yang lain dengan mengatakan yang dia buat kerja overtime semata mata untuk mengelakkan pertengkaran dan tuduhan serta kata nista suaminya itu.

Dengan keadaan perut semakin membesar Rohani masih gagahkan juga dirinya pergi bekerja. Kadangkala apabila Zamri tidak menjemput Rohani ditempat kerja terpaksalah Rohani berasak asak menaiki bas untuk pulang . Begitulah keadaan Rohani sehinggalah hampir pada waktu bersalinnya. Pernah sekali Rohani minta dijemput kerana dia sudah larat benar tetapi sebaliknya Zamri membalasnya dengan kata kata kesat kepadanya, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah, perempuan tak sedar diri lah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan dan macam macam lagi kata kata nista dilemparkan kepadanya.

Suatu hari Zamri dalam keadaan marah telah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani ke dinding...Rohani hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan. Ini semua gara-gara Rohani hendak pergi ke rumah Mak Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Tampines. Emak Rohani sudah seminggu pergi kesana untuk menolong Mak Saudaranya itu. Hari sudah semakin petang jadi Rohani mendesak agar bertolak cepat sikit, lagipun langit sudah menunjukkan tanda tanda hendak hujan. "Hari dah nak hujan, Bang. Elok rasanya kalau kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.? Pinta Rohani.

Tanpa disangka sangka kata kata Rohani itu membuatkan Zamri marah dan dengan dengan tiba-tiba sahaja Zamri bangun. Dengan muka bengisnya, Zamri memandang Rohani. "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke, aku punya sukalah nak pergi malam ke, siang ke, tak pergi lansung ke." marah Zamri. Rohani menjawab,"Itu Ani tau, Abang kan dah berehat dari pagi tadi takkan masih penat lagi. Sepantas kilat Zamri datang kepada Rohani dan direntapnya rambut Rohani lalu di hantukkan kepala Rohani kedinding. Rohani tidak berdaya untuk menghalangnya. Ya Allah! Sungguh tergamak Zamri berbuat demikian...terasa kebas kepala Rohani dan dirasakannya mula membengkak. Pening kepala Rohani dibuatnya.

"Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini. Kau lindungilah aku dan kandunganku ini dari segala bahaya dan azab sengsara, Ya Allah.? Doa Rohani dalam hatinya dengan penuh keluhuran. Rohani memencilkan dirinya disudut dinding dan menangis sepuas puasnya.... "Bang, Ani minta maaf jika kata kata Ani tadi membuatkan Abang marah." Rohani memohon maaf kepada suaminya sambil tersedu sedu.

Hari itu seperti biasa Zamri ketempat kerjanya. Tiba tiba handphonenya berbunyi. Kedengaran suara Doktor Syamsul menyuruhnya datang segera ke hospital, kerana ada sesuatu yang berlaku terhadap Rohani.

Setibanya di hospital sahaja,"Zamri, kami sudah cuba untuk menyelamatkan Rohani tapi kuasa Allah melebihi segalanya, Rohani mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Rohani jatuh atau... kepalanya terhantuk kuat pada sesuatu kerana sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama ? Doktor Syamsul bertanya agak serius. Dia inginkan penjelasan sebenar dari Zamri. Zamri hanya mendiamkan diri.

Serentak itu juga Zamri teringat yang dia pernah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani kedinding sekuat kuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah sekali pun membawa Rohani ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya. Rohani sering mengadu sakit kepala yang teruk ...namun Zamri tidak pernah mengendahkan kesakitan Rohani itu, malah baginya Rohani hanya mengada-ngadakan cerita ......saja buat buat sakit untuk minta simpati...

Sambil menekap mukanya dengan tangan Zamri menyesal...."YA ALLAH apa yang aku dah buat ni."

Doktor Syamsul menjelaskan lagi,"Doktor Zain yang merawat Rohani kerana Rohani mengadu sakit kepala yang amat sangat sewaktu dia memberi susu pada kembarnya di Nursery. Jadi Doktor Zain telah membawa Rohani ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal dan kami tak mampu melakukan apa-apa kerana Rohani tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari awak Zamri.?

?Hanya satu permintaan terakhir arwahnya, dia minta awak membaca diarinya ini. I'm really sorry Zakri. Allah lebih menyayanginya.? kata Doktor Syamsul lagi lalu menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin bayi yang masih baru kepada Zamri.

Zamri mengambil diari tersebut. Satu lembaran kesatu lembaran dibukanya. Setiap lembaran tertulis rapi tulisan tangan Rohani mencoretkan peristiwa yang berlaku padanya setiap hari. Begitu tekun sekali Zamri membacanya dan ternyata banyak sekali keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Rohani semuanya tertera didalam diari tersebut. Dan Zamri dapati setiap peristiwa itu semuanya adalah perlakuan buruk Zamri terhadap Rohani...

"Ya Allah, kenapa aku buat isteriku begini." keluh hati kecil Zamri penuh penyesalan selepas membaca setiap lembaran diari itu. Dan apabila tiba ke muka surat terakhir, tiba tiba Zamri terpandang bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya...

Untuk suamiku yang tersayang, Zamri.

"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA PADA HARI INI."Dengan air mata yang mula bergenang Zamri memulakan bacaannya....

Assalamualaikum.

Abang...

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Ani pada pertemuan pertama kita dulu. Sudah lama Ani simpan bunga tu Bang...

Bunga inilah lambang kasih sayang Ani pada Abang selama ini. Ia tidak pernah berubah pun walau telah kering.....Ani teramat menyayangi Abang. Ani sentiasa menyimpan setiap hadiah yang Abang berikan pada Ani. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Ani pada Abang..

Terlebih dahulu Ani teringin sangat nak dengar Abang panggil Ani ?AYANG? seperti kita baru baru kahwin dulu...Abang panggil Ani ?AYANG?...terasa diri Ani dimanja bila Abang panggil macam tu...walaupun Ani cuma dapat merasa panggilan ?AYANG? itu seketika sahaja. Abang sudah banyak berubah sekarang. Perkataan ?AYANG? telah hilang dan tidak kedengaran untuk Ani lagi. Kenapa? Benci sangatkah Abang pada Ani? Ani telah melakukan kesalahan yang menyinggung perasaan Abang ke?

Abang...

Tulisan ini khas Ani tujukan untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu betapa mendalamnya kasihsayang Ani pada Abang. Abang tentu ingatkan hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan sebagai hadiahnya Ani berikan Abang.......Mohammad Fikri dan Farhana.

Buat diri Ani, Ani tak perlukan apa apa pun dari Abang cukuplah dengan kasih sayang Abang pada Ani. Ani akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Ani. Ani pergi untuk menemuiNya. Ani reda Bang....

Harapan Ani, Abang jagalah kedua kembar kita tu dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Mereka tidak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Ani dan mereka adalah darah daging Abang. Janganlah seksa mereka. Abang boleh seksa Ani tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...

Dan yang terakhir sekali, Ani ingin mengatakan bahawa dalam hidup ini, Ani belum pernah mengadakan apa apa hubungan dengan sesiapa pun melainkan Abang sahaja di hati Ani. Jiwa dan raga Ani hanya untuk Abang seorang.

Ribuan terima kasih Ani ucapkan kerana Abang sudi mengahwini Ani walaupun Ani cuma menumpang kasih didalam sebuah keluarga yang menjaga Ani dari kecil hinggalah Ani bertemu dengan Abang dan berkahwin.

Ani harap Abang tidak akan mensia siakan kembar kita tu dan Ani tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Ani yang malang ini dan hanya menumpang kasih dari sebuah keluarga yang bukan dari darah daging sendiri...tapi Ani tetap bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga angkat Ani. Ani harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Ani ibunya, akan sentiasa bersama disamping mereka berdua, walaupun Ani tidak berkesempatan membelai mereka dan cuma seketika sahaja dapat mengenyangkan mereka dengan air susu Ani.

Berjanjilah pada Ani, Bang! dan ingatlah Fikri dan Farhana adalah darah daging abang sendiri...

Ampunkan Ani dan halalkan segala makan minum Ani selama setahun kita hidup bersama.

Sekiranya Abang masih tidak sudi untuk menerima kehadiran Fikri dan Farhana dalam hidup Abang, berilah mereka pada emak Ani supaya emak dapat menjaga kembar kita itu. Tentang segala perbelanjaannya, janganlah Abang risau kerana Ani sudah pun masukkan nama emak dalam CPF Ani. Biarlah emak yang menjaga kembar kita itu, sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Ani nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita kan Bang!Mohammad Fikri mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Ani yakin mesti Farhana akan mengikut iras raut wajah Ani...Ibunya...sejuk perut Ani mengandungkan mereka.

Inilah satu satunya harta peninggalan yang tidak ternilai dari Ani untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati Ani walaupun Ani sudah tiada lagi disisi Abang dan kembar kita.

Salam sayang terakhir dari Ani Untuk Abang dan semua.

Doakanlah Kesejahteraan Ani.

Ikhlas dari isterimu yang malang,

Rohani

Sehabis membaca diari tersebut, Zamri meraung menangis sekuat kuat hatinya. Dia menyesal.......menyesal.......

"Sabarlah Zamri, Allah maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Fikri dan Farhana." pujuk Zul, kawan baiknya. Zamri hanya tunduk membisu.

Ya Allah...

Ani, maafkan Abang. Tubuh Zamri menjadi longlai dan diari ditangannya terlepas, tiba tiba sekeping gambar dihari pernikahan antara Zamri dan Rohani terjatuh dikakinya lalu segera Zamri mengambilnya.

Belakang gambar itu tertulis "SAAT PALING BAHAGIA DALAM HIDUPKU DAN KELUARGA. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN INI AKAN SENTIASA MENYELUBUNGIKU HINGGA KEAKHIR HAYATKU.?

Zamri terjelepuk dilantai dengan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Dia seolah olah menjadi seperti orang yang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuan buruknya terhadap Rohani seperti terakam dalam kepala otaknya...setiap perbuatannya...seperti wayang jelas terpampang...kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Ani, maafkan Abang?.maafkan Abang?. Abang menyesal??.

Sewaktu jenazah Rohani tiba dirumah suasananya amat memilukan sekali. Zamri sudah tidak berdaya lagi untuk melihat keluarga isterinya yang begitu sedih sekali diatas pemergian anak mereka. Walaubagaimanapun emak Ani kelihatan begitu tabah dan redha. Kedua dua kembar Zamri sentiasa berada didalam pangkuan nenek mereka.

Untuk kali terakhirnya, Zamri melihat muka Rohani yang kelihatan begitu tenang, bersih dan Zamri terus mengucup dahi Rohani. "Rohani, Abang minta ampun dan maaf." bisik Zamri perlahan pada telinga Rohani sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa nimpa dirinya. Apabila Zamri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zamri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Rohani. Airmata itu meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zamri.

Kembarnya menangis semula setelah diangkat oleh Zamri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Rohani dibawa ke pusara. Ramai saudara mara Rohani dan Zamri mengiringi jenazah, termasuklah kedua kembar mereka. Mungkin kedua kembar itu tidak tahu apa-apa tetapi biarlah mereka mengiringi pemergian Ani, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih sekali ketika itu. Zamri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Rohani yang selama ini hidup merana atas perbuatannya.

Dan akhirnya Jenazah Rohani pun selamat dikebumikan. Satu persatu saudara mara meninggalkan kawasan pusara, tinggallah Zamri keseorangan di pusara Rohani yang masih merah tanahnya...meratapi pilu pemergian isterinya itu, berderai airmata Zamri dengan berjuta juta penyesalan ...

Sambil menadah tangannya, Zamri memohon pengampunan dari yang Maha Esa...

Ya Allah?.

Kuatkan semangat hambamu ini . Hanya Kau sahaja yang mengetahui segala dosa aku pada Rohani....ampunkan aku Ya Allah....

Dalam tangisan penyesalan itu, akhirnya Zamri terlelap disisi pusara Rohani. Sempat juga dia bermimpi, Rohani datang menghampirinya, mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk tubuhnya dengan lembut mulus.

Zamri melihat Rohani tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Rohani yang putih bersih itu. Ani..., Ani..., Ani..., nak kemana Aniiiiiii. Zamri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembarnya menangis. Emak dan keluarga mertuanya itu datang mendekati Zamri. Mereka semua menyabarkannya.....
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Rohani......


Terima Kasih kerana sudi membaca Entry Lu'Lu Nur Hidayahツ

28 April 2012

Pengalaman jadi jurulaih dengan cikgu...upss amvoi!

hey guys percaya tak yang lulu jadi cikgu kawad??..haahaha kelakorkan..rasanya tak boleh jadi cikgu,sebab budak-budak kawad cakap kelakor kalau tengok lulu marah..adehh kamu semua ni lawaklah tapi best ada pengalaman jadi ckgu sekejap ...siap  Cikgu Azura cakap kat budak-budak kawad semoga satu hari annti kak Dayah akan jadi cikgu..amin..itu satu doa...ouhh !sumpah lulu terharu gila..!Mana tahu ada rezeki Lulu jadi cikgu..ewah =D...memang ramai cakap lulu macam cikgu....=D

Masa hantar budak kawad kat SMK Ledang ramai cakap Lulu seperti cikgu hahah..ajele then sampai lulu marah budak India tak reti hormat orang...Ketika tu lulu sedang memerhatikan mereka buat latihan kawad sementara tunggu giliran then adalah dua orang mamat India ni asik kerje mengacau orang je then lulu sound "eh siapa yang cikgu saya ke awak,tak reti hormat orang ke?"then budak India tu terus gerak..hehhehe..series kelakor then budak-budak kawad gelakkan lulu hehe =D

tapi disappointed sebab SMK Tun Mamat kalah dapat no 5,but top 5 lah juga..heheh..

tak bermakne kalah sekali kami akan gagal selama-lamanya right?...bagi lulu kalah dan menang adat pertandingan yang penting budak-budak kawad ada pengalaman masuk pertangdingan kawad ni...thinking positif..!=D


Seronok memang seronok....best gila...mereka sangat comel yaw.!budak-budak kawadlah..hehe...lagi pun lulu respect gila pelajar cina dan india sebab mereka join..then siap bawa buku lagi masa pertandingan tu...then masa latihan kawad mereka datang juga walaupun ada kelas tambahan lagi...


btw memang best gila..! =D
KRS SMK TUN MAMAT 

 KETUA PLATUN KRS 
DIia cakap nak jadi cikgu tapi pendek..oouh sabor jela kan

 with syamina & chad

 maryam dan siapa ye..(sorry lupa sudah.hee)

pelajar form 4

with syera rahman

ok thanks...the end =D


  


Terima Kasih kerana sudi membaca Entry Lu'Lu Nur Hidayahツ

18 April 2012

16 kebaikan sujud dalam solat

hai kawan-kawan ,Lu'lu nak share something dengan kowang semua,mengenai kebaikan sujud dalam solat...jangan tak tahu pula setiap pergerakan dalam solat semuanya ada kebaikan.....Apa yang lu'lu dapat pula 16 kebaikan sujud dalam solat.Mungkin kita tak sedar bahawa solat juga banyak kebaikan pada diri kita mahupun dalaman dan luaran...

oke kat bawah ni adalah 16 kebaikan sujud dalam solat
  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
  10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
  12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
  13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
  15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. 


Wallahu a’lam.


Terima Kasih kerana sudi membaca Entry Lu'Lu Nur Hidayahツ

15 April 2012

Sweetnya mereka

Hey guys ..!lama tak update blog kan..rindu pula nak update blog.. sebenarnya dah lama nak update tapi malas pula rasanya sebab bosan tengok blog asik tema sama je ,so tukar dulu baru update blog..hahah...

ok sekarang Lu'lu nak tanya kowang semua tahukan kat atas ni video apa..confirm lah tahu..hee
Lu'lu suka tengok video kat atas ni,,sweetkan meraka...??Time Awal melamar masa siaran Propagangza..baru je buka terus tengok Awal sedang lamar..hee..terharu!=)

Sebagai seorang perempuan siapaklah tak nak dilamar sebegitu..semua nak kan..awesome..!!bohonglah cakap tak nak tapi tak semestinya sejibik macam Awal Ashari buat...tak payah nak melutut bagai =) pelbagai cara hehe...



YUNO
1st tengok live kat TV ,pehh sedih pun ada..sweetnya mereka...!secara spontan je Awal lamar Scha tapi Awal dah plan lama...tengok berulang kali pun tak bosan...=)Ayat yang paling best Awal Ashari cakap'sudikah awak menjadi yang halal untuk saya?'rasanya..hahah....siapa tengok tak menagis maybe dia tak ada perasaan kot,,hehe..bohonglah tak ada feel kan...mesti adanya lahh..Bukan melamar lagi siap dapat bear sebesar manusia pula tu..hehe comel..!terus bagi nama YUNO haha..kelakar betul nama bear tu =)..Lagi best Scha siap pakaikan sit belt hehe..dah seperti manusia duduk..amvoi..hee 


Suka tengok mereka...sempoi dan sweet....lagipun mereka pun sama-sama cantik dan hensem ...ha dah kenalah tu =) hehe


Okeylah malas nak tulis panjang-panjang..
BTW semoga Awal Ashari & Scha Al-Yahya berkekalan hingga akhir hayat =)


byeee=)


Terima Kasih kerana sudi membaca Entry Lu'Lu Nur Hidayahツ

14 April 2012

Contest Blog Saya Paling Awesome by Niniey & Mun







Terima Kasih kerana sudi membaca Entry Lu'Lu Nur Hidayahツ

10 March 2012

1st time naik FiXED

hey beb...saja nak share story...oppss saya bukan budak FiXEd ok..Ini FiXed pinjam sekejap jer.hehe..hrmm ini kali pertama Lu'lu cuba naik fixed..sebelum ni pernah nak cuba naik tapi Lu'lu agak takutlah..yelahh sebab ianya tinggi...

Siang tadi pergilah jalan-jalan ronda-ronda Tangkak dengan Haziqah Hatta..1st destinasi kitaowg pergi COOL BLOg,sebab Lu'lu dah lama tak minum cool blog..then Haziqah pun ambik barang dari Bariyah Khanapi(eyah)inner shawl..
After jumpa eyah kita orang terus pergi ke dataran Ledang,Tangkak sebab bandar Tangkak terlalu sibuk dan sesak sangat..So kitaowg pun terus pergi dataran...Masa nak pergi dataran kat tengah-tengah bandar Lu'lu main cilok-cilok walaupun kereta banyak..hehe...beranikan dirilah juga..hehe...

Sampai je dataran,Lu'lu terus lepak saja-saja nak release tencion sekejap dengan Amy,Fatul,dan yang lain..Mula-mula lepak lah tepi dataran sebelah balai polis...then pergilah kat area pentas dataran tu..lepaklah dengan adik Lu'lu si Firdaus dan Haziqah...borak-borak then datanglah si Fatul ,Amy,Putri and the geng...Tak lama kemudian,si Haziqah ambillah salah satu fixed kat situ..mula-mula macam malas gak lah nak cuba fixed sebab Lu'lu ni agak penakut dan malulah nak cuba..haha poyokan..! tapi bila tengok si Haziqah main fixed tu..eishh geram pula Lu'lu then Lu'lu cubalah fixed my lil bro ,Fatul...Kiranya adik Fatul ajarlah si Lu'lu ni...haha ..

1st time naik Fixed haha takut gila sebab takut jatuh tapi Lu'lu tetap nak cuba juga then cuba slow-slow...akhirnya bolehlah bawa itupon kaki tak sampai..!!alamak..! pendeklah Lu'lu ni..hehe..disebabkan Fixed adik Fatul sama warna dengan baju Lu'lu ,apalagi bawa jelah then saja-saja snap lah sekeping gambar..hehe..pastu ajaklah Haziqah pusing-pusing dataran..Selepas je pusing kitaowg borak ramai-ramai..sambil borak tu Haziqah sempat lagi cakap Lu'lu macam budak-budak...ooohh man,,! terasa beb..terasa sebab kelakor!hahah tapi ada Lu'lu kesah?...tak kesahlah..sebab itu semua satu gurauan..hehe..tapi serieslah bila jalan dengan Haziqah je,terasa Lu'lu macam kecik then pendek je,ialah Haziqah tu tinggi lampai kot..!ahahha..padahal Haziqah tu lebih muda dari Lu'lu,alahai setahun je beza kot..heheh..

Sebab itulah dia cakap Lu'lu macam budak-budak..!ouhh sabor jelah kan lampai!!heee...tapi ramailah juga cakap Lu'lu sebaya Haziqah ataupun budak sekolah lagi..hehe suka kot! yelahh terasa muda lah beb!..ahahha..but tak kesahlah memang kemana pergi ramai tak percaya Lu'lu dah habis sekolah..sebab badan saya kecik je..haha keciklah sesangatlah kan?..kiki..tak adalah kecik mana pun...biasa-biasa je=)

Lamalah jugak kitaowg lepak....so,dah lepak balik lah ..dalam pukul 6 lebih lah juga balik rumah...tapi hari ini besttlah juga..hehee,,dapat lepak dengan mereka..walaupun bawah umur..!ohh itu semua tidak jadi masalah bagi Lu'lu...lepak dengan budak kecik best tau..!!series...!!enjoy!! Lu'lu dengan budak sekolah rendah pun jadi..ehhee janji happening bila lepak ok..heee..tak bermakna lepak dengan orang dewasa tak enjoy..enjoy juga..semuanya enjoy tapi bergatung pada individu ok =)...lagipun kebanyakkan member Lu'lu ramai yang bekerja...So,selagi ada masa lapang inilah lepak dengan mereka(adik-adik),If tak bila lagikan..=)

btw enjoylah juga hari ni..upsss semalam..yelah dah pukul 12.35 a.m..So dah masuk tarikh lainlah..ehhee..btw guys.!sys tak kesah kowg umur berapa bawah umur atas umur ?..semua itu tak jadi masalah..janji hormat -menghormati antara satu sama lain itu adalah paling penting dalam kehidupan seharian kita tidak kira umur,bangsa atau agama kan..jangan pernah memilih kawan mahupun bawah umur setahun pun janganlah sesekali macam itu janji kita ramai kawan dan ikhlas untuk berkawan....oklah time to sleep byee..

ASSALAMUALAIKUM...



Terima Kasih kerana sudi membaca Entry Lu'Lu Nur Hidayahツ

07 March 2012

Muhd Aziq bin Muhd Amin

hai selamat malam semua..hahahha entry khas untuk adek Aziq...hahaha okeih Lulu suka tengok si Aziq ni... `hrmmm dia ada cara tersendiri maksudnya ada perangai pelik sikit ..hahaha....tapi ada kalanya dia ni seronok dan happy bila layan dia tapi kalau dia tak ada mood hapah tak layan..!hahha

Si Aziq ni adik kepada my boyfriend...muka dia lain tak sama macam abang dia...sebab Si Taro kurus tinggi dan Si Aziq ni rendang-rendang plus tuf lah juga badan dia ..dah sama tinggi dengan Lulu dah..hahaha..hahhaha  Dia merupakan budak Atlet ..hrmmm muka dia kalau tak masuk sukan bertuah .haha!...mesti muka dia ada je..haha

 Kalau nak dikatakan perangai Si Aziq ini lain sikit dengan abangnya sebab dia ni suka menyimpan rasia dan 1001 masalah dia simpan ..kadang-kadang try nak CARE kat dia..huh..geram je sebab dia memang suka alonelah...tak suka bercerita plus seganlah kononnya..haha lagipun memang perwatakan dia macam itu(abang dia cakaplah)...tapi never mind lah plus geramlah juga kadang-kadang dengan dia ni suka menyakat Lulu.ada masa kalau dah start menyakat,confirm Lulu kalah..adehh..=.='Nasib baik dia ini adik kepada Taro cubalah adik orang lain confirm Lulu buli dia..ahhahah...Lulu selalu tanya kat Taro about Aziq,ialah sebab perwatakan dia macam tu ,Lulu pula fikir yang bukan-bukan..Soorry Aziq..hehehe..!!

Aziq memang jenis cool ...very2 cool kalau cakap dengan dia bila tanya sepatah jawab sepatah..lagi-lagi kalau mesej rasa tak hot pulakan....paling tak suka bila mesej pendek-pendek..hehehe sebenarnya dia tu pemalu gila sikit dengan gegurl....malulah konon adek oi.,.hehhehe




okeyh ini la gambar kami..ahhha 
sweet tak kami...hahha sengallah..Lulu just anggap dia adik Lulu ok tak lebih....
tengok-tengok!!dah sama tinggikan..ahhah...kesian betul Lulu ni pendek sangat ehhhe...
ini je kot gambar kami.....sebab dia ni pemalu tahap gila kalau nak ambil gambar..haha

Akak tak kesahlah akak faham adik macam itu...heee 
oklah adik semoga jadi adik yang lebih baik dan berjaya ok.. =D daaa
ohhye lagi satu ,sayang kau dek... series kakak tak tipu..!♥♥♥♥♥♥♥♥
sayang sebagai adik betul walaupun bukan adik betul =)..
♥♥♥♥♥


Terima Kasih kerana sudi membaca Entry Lu'Lu Nur Hidayahツ

Happy belated birthday kakak

Happy belated birthday kakak...ok semalam birthday my sister ...tapi Lulu dah wish but lambat update je kat blog..hehhe semalam online facebook...rasa memang tergerak hati nak buka..kalau ikutkan hati semalam rasa tak nak online...hehhe tapi betul juga naluri Lulu ..rupanya-rupanya birthday si dia..kakak saya lahh..hehe... then terus dapatkan handphone dan call her...first nak call rasa fikir dua tiga kalilah sebab kakak Net ni selalu busy....kadang-kadang bila call jarang di jawabnya....yelah budak kolejkan selalu busy dengan assignment...Lulu tahu birthday kakNet bulan tiga but hari bulannya lulu agak confuse sikit,,sorry kak..!hehe

bila call je,terus dengar suara dia..ohhh!! miss sama kau kak!!!!!!!.........series hampir dekat berapa bulan dan tahun tak jumpa dia..sejak kak Net lepasan SPm...rasa suka gila bila dapat berbual lama dengan kak Net..mula-mula Lulu call ,then kak Net call pula..hampir satu jam kita orang bergayut..ewahhh! macam-macam kami story...hahaah..yela lama kot dah tak jumpa kak Net ni...hahahhahah....

Walaupun dah lama mendiamkan diri ,kita orang ni just contact kat Facebook n tweeter saja but kat handphone jarang sekali meyh...tak pernah putus contact meyh...tapi rasa happy gila bila dapat cakap dengan dia...happy!!!!!!kalau nak cerita about her memang panjang..kita orang kenal dah lama start Lulu sekolah menengah form One or two rasanya..First pandang dia...terus rapat gila..macam dah kenal lama..padahal baru kenal beberapa minit je..hhee.

oklahh gambar kat atas tu ,masa birthday lulu yang ke 15 tahun kot...rasanya form 3...ramai ada..itulah sweet memory kak Net ada...heeh kak..!!adik simpan lagi gambar ini ok..!!!!!hahha..selongkar-selongkar folder lama..terjumpa pula gambar ini...teringat peristiwa masa ini ..best gilaa..!!heee mula-mula celebrate kat KFC after that kak rumah krol kechik..!..memang happening gila..!hehe bestlahh!..hahaha..itulah birthday paling best..! heee

banyak peristiwa sedih mahupun happy bila bersama kak net...walaupun pada ketika itu suasana sedih pun lulu bersama dengan dia..ingat lagi menages sama-sama kat belakang dewan sekolah Tun Mamat....masing-masing masa ada problem sendiri...kak Net pujuk Lulu...hahah sweet gila time tu..

seronok dapat kenal kak Net..hee ketika cakap kat handphone macam-macam dia nasihat..ohh! suka gila !..dulu selalu juga dia nasihat Lulu ...sekarang pun sama.!! best nyaa..hehe....

btw thanks kak!! love you more lah..adik sentiasa ingat pesanan kakak..muahsss!!


Terima Kasih kerana sudi membaca Entry Lu'Lu Nur Hidayahツ

29 February 2012

Cik Bunny Buat Giveaway LAGI, Join Sekarang!



Link sponsor dalam entri:
Tag tOo ::
>> shahsya <<


Terima Kasih kerana sudi membaca Entry Lu'Lu Nur Hidayahツ

26 February 2012

Lovestory313 1st Giveaway


haha boring-boring...saja join contest ni =D
syarat-syaratnya simple dan menarik tau..join lah hehe
kalau nak join just CLICK pada gambar di atas ok
tag too:
>> Ed Asdad <<
>> Ezaidatul <<


Terima Kasih kerana sudi membaca Entry Lu'Lu Nur Hidayahツ



 
}