28 April 2012

Pengalaman jadi jurulaih dengan cikgu...upss amvoi!

hey guys percaya tak yang lulu jadi cikgu kawad??..haahaha kelakorkan..rasanya tak boleh jadi cikgu,sebab budak-budak kawad cakap kelakor kalau tengok lulu marah..adehh kamu semua ni lawaklah tapi best ada pengalaman jadi ckgu sekejap ...siap  Cikgu Azura cakap kat budak-budak kawad semoga satu hari annti kak Dayah akan jadi cikgu..amin..itu satu doa...ouhh !sumpah lulu terharu gila..!Mana tahu ada rezeki Lulu jadi cikgu..ewah =D...memang ramai cakap lulu macam cikgu....=D

Masa hantar budak kawad kat SMK Ledang ramai cakap Lulu seperti cikgu hahah..ajele then sampai lulu marah budak India tak reti hormat orang...Ketika tu lulu sedang memerhatikan mereka buat latihan kawad sementara tunggu giliran then adalah dua orang mamat India ni asik kerje mengacau orang je then lulu sound "eh siapa yang cikgu saya ke awak,tak reti hormat orang ke?"then budak India tu terus gerak..hehhehe..series kelakor then budak-budak kawad gelakkan lulu hehe =D

tapi disappointed sebab SMK Tun Mamat kalah dapat no 5,but top 5 lah juga..heheh..

tak bermakne kalah sekali kami akan gagal selama-lamanya right?...bagi lulu kalah dan menang adat pertandingan yang penting budak-budak kawad ada pengalaman masuk pertangdingan kawad ni...thinking positif..!=D


Seronok memang seronok....best gila...mereka sangat comel yaw.!budak-budak kawadlah..hehe...lagi pun lulu respect gila pelajar cina dan india sebab mereka join..then siap bawa buku lagi masa pertandingan tu...then masa latihan kawad mereka datang juga walaupun ada kelas tambahan lagi...


btw memang best gila..! =D
KRS SMK TUN MAMAT 

 KETUA PLATUN KRS 
DIia cakap nak jadi cikgu tapi pendek..oouh sabor jela kan

 with syamina & chad

 maryam dan siapa ye..(sorry lupa sudah.hee)

pelajar form 4

with syera rahman

ok thanks...the end =D


  


Terima Kasih kerana sudi membaca Entry Lu'Lu Nur Hidayahツ

18 April 2012

16 kebaikan sujud dalam solat

hai kawan-kawan ,Lu'lu nak share something dengan kowang semua,mengenai kebaikan sujud dalam solat...jangan tak tahu pula setiap pergerakan dalam solat semuanya ada kebaikan.....Apa yang lu'lu dapat pula 16 kebaikan sujud dalam solat.Mungkin kita tak sedar bahawa solat juga banyak kebaikan pada diri kita mahupun dalaman dan luaran...

oke kat bawah ni adalah 16 kebaikan sujud dalam solat
  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
  10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
  12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
  13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
  15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. 


Wallahu a’lam.


Terima Kasih kerana sudi membaca Entry Lu'Lu Nur Hidayahツ

15 April 2012

Sweetnya mereka

Hey guys ..!lama tak update blog kan..rindu pula nak update blog.. sebenarnya dah lama nak update tapi malas pula rasanya sebab bosan tengok blog asik tema sama je ,so tukar dulu baru update blog..hahah...

ok sekarang Lu'lu nak tanya kowang semua tahukan kat atas ni video apa..confirm lah tahu..hee
Lu'lu suka tengok video kat atas ni,,sweetkan meraka...??Time Awal melamar masa siaran Propagangza..baru je buka terus tengok Awal sedang lamar..hee..terharu!=)

Sebagai seorang perempuan siapaklah tak nak dilamar sebegitu..semua nak kan..awesome..!!bohonglah cakap tak nak tapi tak semestinya sejibik macam Awal Ashari buat...tak payah nak melutut bagai =) pelbagai cara hehe...



YUNO
1st tengok live kat TV ,pehh sedih pun ada..sweetnya mereka...!secara spontan je Awal lamar Scha tapi Awal dah plan lama...tengok berulang kali pun tak bosan...=)Ayat yang paling best Awal Ashari cakap'sudikah awak menjadi yang halal untuk saya?'rasanya..hahah....siapa tengok tak menagis maybe dia tak ada perasaan kot,,hehe..bohonglah tak ada feel kan...mesti adanya lahh..Bukan melamar lagi siap dapat bear sebesar manusia pula tu..hehe comel..!terus bagi nama YUNO haha..kelakar betul nama bear tu =)..Lagi best Scha siap pakaikan sit belt hehe..dah seperti manusia duduk..amvoi..hee 


Suka tengok mereka...sempoi dan sweet....lagipun mereka pun sama-sama cantik dan hensem ...ha dah kenalah tu =) hehe


Okeylah malas nak tulis panjang-panjang..
BTW semoga Awal Ashari & Scha Al-Yahya berkekalan hingga akhir hayat =)


byeee=)


Terima Kasih kerana sudi membaca Entry Lu'Lu Nur Hidayahツ

14 April 2012

Contest Blog Saya Paling Awesome by Niniey & Mun







Terima Kasih kerana sudi membaca Entry Lu'Lu Nur Hidayahツ



 
}